Wednesday, August 13, 2008

Lepaskan Raya

Lepas satu satu email yang dihantar oleh 'ThinkPlus' bermula dgn. 'Offer Letter', 'Visa Application' dan yang terbaru 'Letter of Conduct' sudah diluluskan oleh Wisma Putra. Jadi diam tak diam dah 5 bulan gak menunggu. Masa ni la kepala otak ni memikir sekali lagi almaklum sebelah kaki dah kompom kat sana.
Bukan apa camana agaknyer nak meninggalkan keluarga, kawan2, tempat kerja yang banyak kenangan pahit manis selama 8 tahun bekerja. Masa dah nak gi ni juga la Manager aku suruh aku 'acting' SS pada bulan Sept. ni tapi aku ikutkan aja sebab takut nanti apa yang dikendong ni tak dapat, mana la tahu.
Semua member2 yang dapat dah berbincang nak lepaskan raya dulu sebelum kesana dan kitaorang dah lantik Moktar Sadar sebagai penghulu atau orang tengah berbincang dgn. pihak ThinkPlus nak pegi lepas raya ni insyaallah. Aku dah beritahu member aku Nazim ngan azhar yang dah bertapak kat Jubail tu lebih 2 tahun suruh diaorang carikan rumah kat sana dan dapat la info sikit2 pasal Jubail tu cuma apa yang diberitahu 'plant' yang aku nak kerja ni tak nampak batang hidung lagi, yang ada cuma 'site office'. Sekurang2nyer aku terpaksa kerja 4 tahun kat sana, 2 tahun 'construction' 2 tahun lagi baru kerja yang betulnyer.
Apa2 pun minta ditabahkan hati kitaorang semua ni yang rata2 semuanya dah berkeluarga sama mcm bangla tu yang tinggalkan anak binik dia. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............................................................

3 comments:

Emir Imran & Co August 20, 2008 at 6:43 PM  

Semoga dapat ape yg dikejarkan kat sana. Mudah-mudahan jgn lupa yang kat JB ni....

The.B.crewz August 31, 2008 at 10:09 PM  

Hi Bro... kalau lu dah sampai kat sana nanti jangan lupa carikan umah utk wa k...from POLYCARBONATE..PE1

Zuraili September 2, 2008 at 4:28 AM  

Jangan sedih sangat.... bulatkan hati, tekadkan semangat...kayuh je...
Selamat berhijrah dan kirim salam aku kat semua di PE2 dan PE3.

About This Blog

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Blogger Blog Templates

Back to TOP