Sunday, September 6, 2009

Seminggu Saja Lagi... Ahaa!








Salam dari Al Jubail KSA,
Seminggu saja lagi pun dah rasa mcm sebulan menunggu. Tak sabar2 nak balik M'sia.
Lain benor rasanya kali ni tak sama mcm dari J.B nak balik Pagoh beraya.
Dah nak balik ni nak tido pun punya la payah, asik pk mcm2 'plan' yg nak dibuat nanti bila kat
sana.
Barang2 hampir 90% dah dibeli tuk bawak balik nanti. Cuba tengok kat atas tu antaranya Kurma
Nabi (Ajwa) dibeli di Madinah, Kismis, Air Zam2, Jubah pompuan 8 helai dibeli di Mekah, Jam
pun ada, Transformer tuk anak2 dan yg speselnya Kurma Muda (Rhotab) nampak muda tapi
sedap. Tak caya cuba rasa.
Apapun buat warga Saudi Kayan yg tak dpt pulang beraya jgn sedih2, tahun ni tahun korang esok2 mungkin tahun aku pulak. Tu yg tak nak tu.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Ma'assalamah





Wednesday, August 19, 2009

Janji update ye tak!



Salam dari Saudi Kayan Petrochemical,
Gambar ni diambil oleh Dedi yg nak cuba HaPee (kata org Indonesia) barunyer.
Sebenarnyer nak ucap 'Ramadhan Mubarak' untuk semua warga Saudi Kayan dan Malaysia yg berada disini.
Ma'assalamah

Friday, May 1, 2009

Pindah Umah









Salam dari Jubail,

Semalam aku dan kawan2 telah berpindah dari Al Hasson apartment kerumah baru ( Compound ) iaitu 4 buah dlm satu bangunan, rata2 semua yg berpindah adalah kawan2 yg sama2 datang ke Saudi dan masih mengekalkan 'roomate' yg sama Aj ngan Jamis. Sewa nyer untuk satu buah rumah SAR 28000 setahun (unfurnished), jadi semuanyer kena beli sendiri. Ok, tu je untuk kali ni dan tengok2 la gambar kat atas tu ( gambar bilik je yg sempat ambik ).

*p/s : Pada mereka2 yg menunggu kehadiran N3 yg akan datang ( mungkin 4 - 5 bln lagi ) di harap dpt bersabar.
Sekian Maasalamah.




Sunday, January 18, 2009

Kembara JMM '09

















Sedikit coretan setelah beberapa kurun tak update blog ni, itu pun sebab dah ramai yg komplen bila nak update blog yg dah bersarang ni.

Coretan kali ini berkaitan dgn pengalaman dalam kembara dari Jubail - Mekah - Madinah untuk mengerjakan umrah pada 14 hb hingga 16 hb Januari lalu. Perjalanan ke Mekah mengambil masa yg agak lama iaitu kira2 15 jam perjalanan menaiki bas yg dianjurkan oleh seorang ustaz dari Indonesia yg bekerja untuk 'Jubail Dakwah Centre' di sini. Rata2 jemaah dari Malaysia dan Indonesia yg mengikuti rombongan ini.

Kira2 jam 4:30 pagi 15hb kami sampai di Ta'if untuk Miqat. Disini kami bersiap2 untuk mandi sunat dan memakai ihram seterusnya solat subuh. Selesai subuh kami bergerak menuju Mekah dan sampai di tanah haram pada pukul 7:00 pagi terus menuju ke bilik penginapan yg disediakan lebih kurang 1/2 km dari kaabah.

7:45 pagi bergerak ke baitullah untuk memulakan umrah sehingga tamat kira2 jam 10:00 pagi. Selesai umrah kami diberikan masa untuk aktiviti bebas sehingga isya, jadi kami berpeluang untuk melakukan solat fardu dari zohor sampai isya di baitullah dan juga lain2 aktiviti.

9:00 malam lepas isya kami bergerak pula ke Madinah dan sampai kira2 jam 2:00 pagi jumaat dan terus ke Masjid Nabawi pada pukul 3:00 pagi melawat makam Rasul dan para sahabat Abu Bakar dan Umar, juga kami berkesempatan melakukan solat sunat di Raudah hingga solat subuh di situ.

7:00 pagi kami membuat lawatan ke Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Quba dan seterusnya solat Jumaat di Masjid Nabawi.
2:00 petang bergerak pulang ke Jubail dan sampai kira2 jam 4:30 pagi.

Thursday, November 20, 2008

Ten Eleven Journey To Al-Jubail KSA.

Al Mousath Hospital

Nak gi keje dari Al-Bahar kem


Kat Dammam Airport KSA


Kat Mc. D Bahrain Airport




Ngan Hafiz & Hj. Shafiee


Pekena baryani ayam

Bahrain Airport

Bahrain Airport


Gulf Air to Bahrain

KLIA

Senai Airport 0630hrs



Dah hampir berbulan2 blog ni dah bersarang di sebabkan tiada apa2 nak diceritakan sampailah dah berpindah dirumah baru di sekitar bandar Jubail ni yang provide internet line tapi sewanya mak oii SR4250 sebulan. Buat masa ni 5 orang saja yang tinggal disini iaitu Hasrul, Hafiz, James, A. Zaki dan Aku, yang lainnya masih tinggal di Al-Bahar iaitu penempatan sementara bagi yang baru sampai disini.

Tak payah nak citer panjang lagi, kat atas ni aku sertakan gambar2 bermula dari Malaysia ke Bahrain dan sampailah di Jubail ni untuk tatapan anak2, isteri2 dan sapa2 la yang akan datang ke sini nanti.













Wednesday, August 13, 2008

Lepaskan Raya

Lepas satu satu email yang dihantar oleh 'ThinkPlus' bermula dgn. 'Offer Letter', 'Visa Application' dan yang terbaru 'Letter of Conduct' sudah diluluskan oleh Wisma Putra. Jadi diam tak diam dah 5 bulan gak menunggu. Masa ni la kepala otak ni memikir sekali lagi almaklum sebelah kaki dah kompom kat sana.
Bukan apa camana agaknyer nak meninggalkan keluarga, kawan2, tempat kerja yang banyak kenangan pahit manis selama 8 tahun bekerja. Masa dah nak gi ni juga la Manager aku suruh aku 'acting' SS pada bulan Sept. ni tapi aku ikutkan aja sebab takut nanti apa yang dikendong ni tak dapat, mana la tahu.
Semua member2 yang dapat dah berbincang nak lepaskan raya dulu sebelum kesana dan kitaorang dah lantik Moktar Sadar sebagai penghulu atau orang tengah berbincang dgn. pihak ThinkPlus nak pegi lepas raya ni insyaallah. Aku dah beritahu member aku Nazim ngan azhar yang dah bertapak kat Jubail tu lebih 2 tahun suruh diaorang carikan rumah kat sana dan dapat la info sikit2 pasal Jubail tu cuma apa yang diberitahu 'plant' yang aku nak kerja ni tak nampak batang hidung lagi, yang ada cuma 'site office'. Sekurang2nyer aku terpaksa kerja 4 tahun kat sana, 2 tahun 'construction' 2 tahun lagi baru kerja yang betulnyer.
Apa2 pun minta ditabahkan hati kitaorang semua ni yang rata2 semuanya dah berkeluarga sama mcm bangla tu yang tinggalkan anak binik dia. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............................................................

Sunday, July 13, 2008

Penerbangan Pertama

Tanggal 9hb. July lalu merupakan penerbangan pertama aku menaiki kapal terbang bukan ke Arab tetapi ke PWTC KL menghadiri upacara bagi anugerah 'Keselamatan & Kesihatan Pekerja' yang dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia.
Aku terpilih mewakili Titan dan beberapa orang lagi hanya untuk makan saja dengan memakai baju batik yang aku pinjam dan kasut kulit macam orang kerajaan gamaknyer.
Apa yang aku nak citer kali pertama aku naik 'flight' bermula kat Senai Airport. Rasa berdebar jugak bila duduk dalam tu. Kawan aku si Yadzir budak PE1 yang sama pegi ngan aku pun tak pernah naik jugak. Aku saja takut2kan Yadzir jangan muntah nanti bila dah kat atas padahal aku sendiri tak tau lagi macamana.
Dipendekkan citer bila dah nak bertolak tu aku dapat 'seat' yang tepi jadi dapatlah aku tengok luar. Subhanallah, bila aku dah berada pada paras 22 ribu kaki dengan kelajuan 800km/h kata kapten 'flight' tu tak dapat aku bayangkan betapa indahnyer pemandangan pada waktu tu dan betapa kerdilnyer kita kalau nak dibandingkan dengan pencipta alam ini.
Tanggal 10hb. July nak balik pulak dari KLIA ke Senai adalah pengalaman yang aku rasa jarang2 orang dapat, bila aku citer kat orang langsung tak percaya termasuk binik aku. 'Flight' berlepas pukul 2.55 pm sampai di Senai kapten kapal beritau yang cuaca buruk dan setelah pusing 2 kali kapten tu ambik keputusan untuk balik semula ke KLIA mungkin atas faktor keselamatan untuk mendarat kat situ. Aku cakap kat Yadzir untung kita ni dapat jalan2 naik 'flight' ke JB pastu gi KL balik macam tau2 je aku berdua tak pernah naik. Sampai je kat KLIA lepak dalam satu jam pastu naik balik 'flight' dan selamat sampai di Senai.
Apa2 pun takut jugak la sebab itu baru 'domestic' kalau 'international' macamana agaknyer kalu dah pusing2 minyak abis sapa nak jawab. Harap2 masa nak gi ke Arab nanti takde apa2 aral yang melintang insyallah.

Tuesday, July 8, 2008

Tinggal Tunggu Je.

Hari ini semua perkara berkaitan ngan visa ke arab dah di hantar, tinggal tunggu je harinyer setelah beberapa kesulitan nak membuat pasport tertangguh lama jugak. Apa tak nyer surat beranak aku rupa2 nyer dari aku kecik di tulis b'day aku 3hb. dalam rekod JPN, tapi yang aku nyer 13hb. risau jugak ngenangkan pasal si 'pikircampur' tu asik menanya je. Aku terpaksa buat pindaan tarikh b'day tu kat putrajaya itupun makan masa 2-3 bulan.

Aku tepon si Senah ngadu aku nyer problem dia kata takpe janji aku dah ' inform' ok. Dalam pada tu aku cuba la tanya kat abang ipar aku kalau2 dia boleh tolong. Alhamdulillah dia ada member yang kenal ngan orang kat 'immigration' dapat jugak la buat pasport tu walaupun di buat dalam keadaan mengaburi pihak lawan sebab dia tak tengok pun surat beranak yang salah tu dan hari ini jugak dalam sibuk2 aku menguruskan visa tu aku dapat surat dari JPN yang permohonan aku nak buat pindaan tarikh tu dah diluluskan. JPN cakap tak payah mintak approval dari putrajaya, patutla ambik masa seminggu je.

Apa2 pun rasa bersalah jugak kat 'immigration' tadi tapi nak wat camne dah terdesak. Mintak2 jgn ada orang 'immigration' baca blog aku ni mati aku.

Saturday, June 21, 2008

Titan July 12, 2000 ---> ?


Ini le tempat aku cari makan banting tulang siang malam pagi petang penat tebongkang dari tahun dua ribu sampai sekarang.

Ini le juga tempat aku beborak panjang dgn member2 pasal macamana nak jadi senang sampaikan ada yang termenung panjang nak bayar hutang keliling pinggang.



Wednesday, June 4, 2008

Gi Umrah






Masa kat KLIA ( mak aku - empat dari kiri ).




Pada bulan mei lalu aku gi KL nak menganta mak aku gi umrah. Masa tu gak ada sesi interview saudi kayan, aku dengar ramai gak dak2 titan yang nak cuba nasib tapi aku tak la teringin sangat nak cuba walaupun aku dah sampai sana. Balik dari KL aku dapat tau ramai gak yang dapat especialy dak LDPE lebih kurang lima nam orang. Itu aku takde hal la, tapi aku dapat tau pak arab tu nak turun JB nak cari ramai lagi dari LDPE dan HDPE. Waa! aku pun tepikir la nak mencuba mana yang temampu. Aku tau pun dari si Haserul yang tak serik2 gi interview sana sini last2 dapat gak tu.

Esoknyer masa aku tido balik keja malam aku dapat sms dari Haserul ngan Seli yang tulis pak arab tu akan buat sesi interview kat panpac hotel JB kul 7 malam sampai 10. Setat dari tu aku tak dapat nak lelapkan mata, malam ni nak keja malam lagi. Aku pun ambik keputusan nak cuba saja2 nak test market. petang tu aku siapkan semua dokumen dan amik gambar saiz pasport.

Pukul 7 mlm aku dah terconggok kat panpac tu kononnyer kalau budak2 tak sampai lagi aku terus interview selamatla aku diorang tak nampak, tak la kecoh nanti dlm kilang. Aku tunggu punya tunggu dah hampir 8 mlm, last2 muncul gak si Amat Jaki, Rahimi, R'din dan beberapa orang lagi kat situ tapi yang tak best nyer diorang ketawakan aku kononnyer aku nak bedal sorang2 sebab datang punyala cepat.

Bila dah ramai tu macam2 hal la yang dibualkan tapi yang berkaitan ngan arab saudi la, ada yang aku tengok sibuk cari PID kononnyer nak refresh balik takut kena tanya yang bukan2 lebih2 si Vinod ngan Botak dari kul 8 lebih jejak sampai nak interview study giler.

Nak dipendekkan cite turn aku jumpa pak arab pun sampai, lepas si R'din lebih kurang satu jam pastu di panggil Hj Shafie setengah jam pastu aku. Dia tanya aku sikit pastu dia suruh aku lukis process plant sikit pastu dapat. Aku punyalah tegamam, masa tu otak aku cam kosong je. Alhamdulillah tima kasih kat R'din pasal dah pukul habis terangkan kat pak arab tu, time aku cuma lebih kurang sepuluh minit je.

About This Blog

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Blogger Blog Templates

Back to TOP