Sunday, January 18, 2009

Kembara JMM '09

















Sedikit coretan setelah beberapa kurun tak update blog ni, itu pun sebab dah ramai yg komplen bila nak update blog yg dah bersarang ni.

Coretan kali ini berkaitan dgn pengalaman dalam kembara dari Jubail - Mekah - Madinah untuk mengerjakan umrah pada 14 hb hingga 16 hb Januari lalu. Perjalanan ke Mekah mengambil masa yg agak lama iaitu kira2 15 jam perjalanan menaiki bas yg dianjurkan oleh seorang ustaz dari Indonesia yg bekerja untuk 'Jubail Dakwah Centre' di sini. Rata2 jemaah dari Malaysia dan Indonesia yg mengikuti rombongan ini.

Kira2 jam 4:30 pagi 15hb kami sampai di Ta'if untuk Miqat. Disini kami bersiap2 untuk mandi sunat dan memakai ihram seterusnya solat subuh. Selesai subuh kami bergerak menuju Mekah dan sampai di tanah haram pada pukul 7:00 pagi terus menuju ke bilik penginapan yg disediakan lebih kurang 1/2 km dari kaabah.

7:45 pagi bergerak ke baitullah untuk memulakan umrah sehingga tamat kira2 jam 10:00 pagi. Selesai umrah kami diberikan masa untuk aktiviti bebas sehingga isya, jadi kami berpeluang untuk melakukan solat fardu dari zohor sampai isya di baitullah dan juga lain2 aktiviti.

9:00 malam lepas isya kami bergerak pula ke Madinah dan sampai kira2 jam 2:00 pagi jumaat dan terus ke Masjid Nabawi pada pukul 3:00 pagi melawat makam Rasul dan para sahabat Abu Bakar dan Umar, juga kami berkesempatan melakukan solat sunat di Raudah hingga solat subuh di situ.

7:00 pagi kami membuat lawatan ke Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Quba dan seterusnya solat Jumaat di Masjid Nabawi.
2:00 petang bergerak pulang ke Jubail dan sampai kira2 jam 4:30 pagi.

2 comments:

Anonymous January 20, 2009 at 7:43 AM  

Alhamdulillah, sampai jugak kat sana....

Lain kali bawak lah kitaorg pulak eh....

Kitaorg pun dah tak sabar nak ke sana.....

Anonymous January 20, 2009 at 7:44 AM  

Missing you........

About This Blog

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Blogger Blog Templates

Back to TOP